NASIONALISME
MAKSUD NASIONALISME Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan negara dan bangsa. Semangat ini merupakan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada jajahan politik, ekonomi dan budaya asing. Semangat nasionalisme sering berlainan mengikut pada sejarah negara, tujuan, keturunan, bangsa serta agama. PERKEMBANGAN NASIONALISME DI BARAT Nasionalisme di Barat berkembang hasil penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. Di barat, terdapat 3 revolusi yang menunjukkan nasionalisme di negara masing-masing iaitu Revolusi England, Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis. Revolusi England yang dikenali sebagai Revolusi Keagungan disebabkan oleh keinginan menegakkan parlimen dan hak asasi rakyat. Ketika itu, ahli parlimen menentang raja mutlak dan disokong oleh Mari II dan suami Raja William Of Orange dari Belanda. Kemudian, Revolusi Amerika pula tercetus apabila British tidak melindungi hak penduduk Amerika. Rakyat Amerika menentang akta memungut cukai di jaja...