ESSEI KBAT

 1.      Sejauh manakah perubahan politik dunia telah mengubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka ?

Pada pandangan saya, perubahan politik dunia telah mengubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka menjadi lebih berwawasan dan moden. Hal ini kerana perubahan pemerintahan kerajaan-kerajaan lain di sekitar Tanah Melayu tampak memberikan kesan pada ekonomi serta kemajuan kerajaan-kerajaan tersebut. Secara tidak langsung, faktor itu menimbulkan semangat nasionalisme pada orang Melayu menjadikan mereka menjadi lebih bijak dalam mengatur strategi mencapai kemajuan untuk tanah kita. Contohnya, tokoh-tokoh kemerdekaan negara bertekad untuk mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada jajahan kuasa-kuasa luar terutamanya kuasa British.

2.      Perjuangan nasionalis di seluruh dunia telah memberikan kesan kepada nasionalisme orang Melayu sebelum merdeka. Jelaskan.

Semangat nasionalisme di negara kita boleh dilihat bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Usaha-usaha serta strategi yang dirancang oleh pemimpin zaman tersebut seperti Sultan Mahmud Shah dan Sultan Muzaffar Shah dalam usaha mempertahankan tanah Melaka daripada jajahan kuasa barat dan menyatupadukan perpaduan masyarakat. Contohnya, Sultan Muzaffar Shah telah berjaya mnyelesaikan masalah perpecahan yang melibatkan perbalahan orang Melayu dengan India Muslim di kalangan pembesar Hilir Melaka iaitu antara Tun Perak dan Bendahara Tun Ali iaitu bapa saudara baginda.

3.     Bagaimana nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia.

Negara Asia Tenggara terdiri daripada kerajaan Alam Melayu yang dahulu sememangnya mempunyai sistem pemerintahan yang kukuh. Hal ini kerana kerajaan Alam Melayu mengamalkan sistem beraja yang dibahagikan kepada dua iaitu pusat dan wilayah. Kedua-dua pemerintahan tersebut amatlah memerlukan semangat nasionalisme yang tinggi daripada kalangan pemimpin mahupun rakyat. Rakyat hendaklah patuh akan arahan pemerintah manakala pemerintah pula perlulah membuat keputusan atau arahan dengan memikirkan baik buruknya terhadap rakyat. Maka, dengan semangat nasionalisme yang ada pada kerajaan Alam Melayu yang kini merupakan negara-negara Asia Tenggara sekaligus memberikan impak pada politik dunia.

4.       Debatable-Generasi muda hari ini tidak patriotik dan hilang jati diri.Hujahkan

Saya bersetuju dengan penyataan tersebut kerana kebanyakan generasi muda harini ini semakin lalai dengan teknologi-teknologi yang semakin maju. Kemajuan teknologi sedikit sebanyak memberikan impak negatif kepada penggunanya. Itulah yang dapat kita lihat pada generasi muda hari ini iaitu mereka semakin tidak mengambil berat mengenai isu-isu harian berkaitan negara apatah lagi sejarah negara akibat daripada ketagihan terhadap teknolgi yang banyak berlaku pada generasi muda. Contohnya, mereka sering menggunakan masa mereka bersama telefon pintar dengan bermain permainan video berbanding membaca artikel-artikel yang berkaitan dengan isu-isu semasa negara menjadikan mereka semakin hilang semangat patriotik dan jati diri.

Comments